Friday, May 29, 2009

Tuesday, May 26, 2009

sejarah kampung

Kawasan Kampung ini pada mulanya ditemui oleh sekumpulan pencari rotan dari Bandar Miri
yang melalui jalan air dengan menggunakan perahu. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah dihalang oleh “Bani Sengkuan” atau akar Pokok Sengkuan yang sangat besar. Mereka menggelarkan bani sengkuang itu sebagai “Bekelit” dan dalam bahasa kedayan Kelulit. Selepas penemuan tersebut, kawasan ini diterokai oleh Haji Mohamad. Lama – kelamaan, “Bani Sengkuang atau kelulit itu menjadi sebutan dan wujudlah nama kampung Kelulit dalam bahasa Kedayan yang juga bermaksud akar besar yang melilit. Bilangan penduduk awal yang tinggal di kampung ini seramai enam orang iaitu Hj. Mohamad, Liau Usup sebagai ketua kampung, Liau Ismail, Liau Tujoh, Liau Ujan dan Liau Tawar. Kebanyakan penduduk kampung ini pada waktu itu berasal dari tempat – tempat lain seperti dari Negeri Sabah dan dari Negara Brunei. Mereka berpindah ke kampung ini untuk mencari tempat bercucuk tanam kerana tanah di kawasan ini sesuai untuk tanaman seperti Padi dan Getah. Semua peristiwa tersebut berlaku semasa pemerintah Brooke.
Pada tahun 1969, Ketua Menteri Sarawak, pada waktu itu Abdul Rahman Bin Yaakub telah menukar nama Kelulit kepada Kampung Pejuang Kelulit kerana ramai penduduk dari kampung ini menjadi pejuang bagi menuntut kemerdekaan menentang British.