Thursday, June 4, 2009

PELAJAR KOLEJ PERDANA MENYERTAI PESBAC’S….

5 Jun 2009, Miri, Sarawak : 63 pelajar kolej Perdana, UTM, dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menganjurkan satu program bakti siswa daya wawasan di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu, Miri, Sarawak. Program ini dikenali Perak, Sarawak,Brunei academic & community services 2009 yang bemula di Perak pada 30 mei hingga 2 dan di Sarawak dari 5 hingga 15 Jun 2009. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti yang telah dirancang salama 2 bulan sebelum program ini dirasmikan.Antaranya program anak angkat, sukan dan sukaneka,kenduri sekampung, bengkel fiber-glass, malam kebudayaan , bengkel IT, dan lain-lain.

Objektif pertama aktiviti ini dijalankan mendekatkan mahasiswa dengan corak kehidupan serta taraf hidup masyarakat luar Bandar, memventuk jatidiri mahasiswa ke arah lebih beribawa, membentuk sahsiah mhasiswa kepda lebih cemerlang sebagai generasi muda yang bakal memimpin Negara pada masa hadapan



Friday, May 29, 2009

Tuesday, May 26, 2009

sejarah kampung

Kawasan Kampung ini pada mulanya ditemui oleh sekumpulan pencari rotan dari Bandar Miri
yang melalui jalan air dengan menggunakan perahu. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah dihalang oleh “Bani Sengkuan” atau akar Pokok Sengkuan yang sangat besar. Mereka menggelarkan bani sengkuang itu sebagai “Bekelit” dan dalam bahasa kedayan Kelulit. Selepas penemuan tersebut, kawasan ini diterokai oleh Haji Mohamad. Lama – kelamaan, “Bani Sengkuang atau kelulit itu menjadi sebutan dan wujudlah nama kampung Kelulit dalam bahasa Kedayan yang juga bermaksud akar besar yang melilit. Bilangan penduduk awal yang tinggal di kampung ini seramai enam orang iaitu Hj. Mohamad, Liau Usup sebagai ketua kampung, Liau Ismail, Liau Tujoh, Liau Ujan dan Liau Tawar. Kebanyakan penduduk kampung ini pada waktu itu berasal dari tempat – tempat lain seperti dari Negeri Sabah dan dari Negara Brunei. Mereka berpindah ke kampung ini untuk mencari tempat bercucuk tanam kerana tanah di kawasan ini sesuai untuk tanaman seperti Padi dan Getah. Semua peristiwa tersebut berlaku semasa pemerintah Brooke.
Pada tahun 1969, Ketua Menteri Sarawak, pada waktu itu Abdul Rahman Bin Yaakub telah menukar nama Kelulit kepada Kampung Pejuang Kelulit kerana ramai penduduk dari kampung ini menjadi pejuang bagi menuntut kemerdekaan menentang British.